Jual fitnah lagi untung dari jual kebenaran
wahai para saudara sekalian, dan juga washad,
teringat satu ayat dulu, tah mana saya baca, "i might not agree with you, but i will defend your right to say it"
saya pun tidak setuju dengan banyak pendapat di sini tapi saya tetap baca sebagai menghormati pandangan pembaca lain, dan menghormati tuan rumah yang membenarkan jawapan munasabah diterbitkan.
merujuk saudara washab, teresa tidak menafikan pergi majlis berbuka dengan berskirt tetapi beliau masih hormat dengan agama dengan tidak memasuki kawasan masjid, cuma berada di luar perkarangan sahaja. lagipun, beliau memakai skirt panjang, bukan mini skirt panjang kat peha je. kalau berada diperkarangan masjid dengan skirt tak sampai ke buku lali menghina Islam, maka saya rasa, tibalah masanya semua orang Islam berkumpul dan membantah mana2 jalan yang berada di depan masjid kerana saban hari, akan ada ramai kaum ibu/wanita/puteri yang lalu lalang di depan masjid yang tidak memakai purdah.
percaya kah, kalau teresa pakai skirt panjang pun semasa majlis tersebut, pasti masih dituduh menghina Islam sebab tidak memakai tudung kepala semasa di masjid.
jikalau pakaian yang menjadi ukuran kesolehan seseorang itu, maka cetek sangatlah fikiran orang2 sebegini kerana ramai yang berpakaian cukup syarat tetapi perangai macam setan, maka orang sebegini patut dimuliakan hanya kerana apa yang mata nampak telah cukup syarat? pakailah mata hati selain dari mata kepala. cukuplah kamu semua disuapkan propaganda oleh jurucakap kerajaan.
"jual fitnah lagi untung dari jual kebenaran."