Sunday, December 7, 2008

Ridhuan Tee anggap bangsanya sengaja cari pasal

di amerika, system pelajaran adalah satu. tetapi orang hitam dan orang putih tetap tidak bergaul di sekolah. malahan, orang hitam juga mempunyai cara percakapannya yang tersendiri. malahan, setiap negeri mempunyai pelatnya sendiri (southern drawl, yankee slang, etc etc). begitu juga di malaysia. ambil saja orang melayu, pulau pinang, kelantan, terengganu, perak, selangor, negeri sembilan, semuanya mempunyai loghat yang berbeza. bila berkumpul di kuala lumpur, masing-masing akan berkumpul sesama negeri secara tersendiri. jadi, mengapa bila orang cina dan india berkumpul ianya menjadi issue? bahasa melayu kelantan sama asing seperti bahasa cina kepada telinga orang melayu selangor, mengapa tak menjadi isu? sekolah vernacular bukan masalah perpaduan tetapi ahli politik dan juga orang berfikiran sempit yang selalu melaungkan perpecahan sehingga orang kebanyakkan percaya kepada laungan itu. ini namanya propaganda. pandai bertutur bahasa melayu tidak menjamin perpaduan jika polisi prejudis masih berterusan. secara peribadi, saya rasa saudara akan lebih melayu dari orang melayu dan tidak patut mengelar diri sebagai seorang berbangsa Cina hanya kerana saudara mempunyai warna kulit yang sama dengan kebanyakkan orang Cina. Bangsa adalah lebih dari warna kulit, ia adalah satu perwatakan, cara pemikiran dan gaya hidup. Berdasarkan kepada garis panduan ini, rakyat Malaysia sudah lama menjadi Bangsa Malaysia walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, yang orang Melayu sendiri, bergantung kepada negeri, tidak fasih berbahasa Melayu standard. d'frog prince