Sunday, December 7, 2008

Ridhuan Tee anggap bangsanya sengaja cari pasal

di amerika, system pelajaran adalah satu. tetapi orang hitam dan orang putih tetap tidak bergaul di sekolah. malahan, orang hitam juga mempunyai cara percakapannya yang tersendiri. malahan, setiap negeri mempunyai pelatnya sendiri (southern drawl, yankee slang, etc etc). begitu juga di malaysia. ambil saja orang melayu, pulau pinang, kelantan, terengganu, perak, selangor, negeri sembilan, semuanya mempunyai loghat yang berbeza. bila berkumpul di kuala lumpur, masing-masing akan berkumpul sesama negeri secara tersendiri. jadi, mengapa bila orang cina dan india berkumpul ianya menjadi issue? bahasa melayu kelantan sama asing seperti bahasa cina kepada telinga orang melayu selangor, mengapa tak menjadi isu? sekolah vernacular bukan masalah perpaduan tetapi ahli politik dan juga orang berfikiran sempit yang selalu melaungkan perpecahan sehingga orang kebanyakkan percaya kepada laungan itu. ini namanya propaganda. pandai bertutur bahasa melayu tidak menjamin perpaduan jika polisi prejudis masih berterusan. secara peribadi, saya rasa saudara akan lebih melayu dari orang melayu dan tidak patut mengelar diri sebagai seorang berbangsa Cina hanya kerana saudara mempunyai warna kulit yang sama dengan kebanyakkan orang Cina. Bangsa adalah lebih dari warna kulit, ia adalah satu perwatakan, cara pemikiran dan gaya hidup. Berdasarkan kepada garis panduan ini, rakyat Malaysia sudah lama menjadi Bangsa Malaysia walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, yang orang Melayu sendiri, bergantung kepada negeri, tidak fasih berbahasa Melayu standard. d'frog prince

Monday, November 17, 2008

Mamak Stalls

honestly, i think road side mamak stall is what made malaysia, malaysia.

it will die a natural death if there is not patrons, as it is, it is flourishing, why? not for lack of enforcement but due to demand, people need place to catch up and release tensions, not everyone can afford a pub.

so, instead of increasing chances of bribery, legalise it by law with conditions attached, ie, providing 'WARNING CONES', 'SIREN LIGHTS' etc to alert oncoming vehicles.

legalising it will put preventive measures AND INCREASE revenue to the state, in licences and rents of the open public areas AND reduce opportunity for corruptions.

Sindir Si Husin

tuan rumah best. memang halus bahasa tapi menyengat. bagus, memang cara melayu menegur. cuma saya harap mail tahu, bila dia menuding jari kepada sarah, tiga lagi jarinya sendiri menuding kepada dirinya sendiri. mungkin nafkah batin sarah tak cukup kot, atau pun mungkin sarah terasa mail mula bermain mata dengan janda hujung kampung. walaupun tak bahagia, saling mengesyaki bukan penyelesaian untuk si mail. suami isteri perlu berbincang, kekadang merajuk, kekadang perlu berasmara-dana. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kahwin paksa!! takkanlah mail nak cabut semua gigi beliau sedap tergigit lidah? atau potong lidah beliau semata nak megelakkan tergigit? sorong tarik sorong tarik, tang tu jugak. tak kemananya tuan rumah, dah berkahwin, nak tak nak, kena lah berusaha untuk menjayakan perkahwinan itu, bukan ambil jalan mudah, sikit sikit nak bercerai.

PM Malaysia

tuan rumah, saya sedia menerima komen tuan rumah, memang sedikit sebanyak adalah kenyataan, saya juga mengakui hakikatnya.

tapi saya rasa, ramai orang Melayu yang salah faham, rata-rata, tidak pernah (setahu sayalah) orang Cina/India menentang keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. hakikatnya, semua orang menerima bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini.

juga, saya adalah antara orang yang tidak setuju dengan perbalahan papan tanda jalan yang mahu diletak pelbagai bahasa. kalau ditanya rakyat kebanyakkan yang bukan melayu, mereka tidak kisah langsung bahasa apa yang terletak di papan tanda jalan. bagi saya, papan tanda yang ada sekarang sudah lebih dari memadai. jangan kerana kerbau (ahli politik yang nak beli hati golongan fanatik) habis semua terpalit (rakyat kebanyakkan yang hanya mahukan keamanan meneruskan kehidupan mereka)

mungkin ada segolongan manusia di malaysia merasakan, mengapa perlu berkongsi, tapi itu kan persoalan yang sudah tiada maknanya, setelah 51 tahun merdeka? lebih baik kita mencari jalan bagaimana menjayakan negara dengan apa yang kita ada dari saling membaling tahi sesama kita, yang busuk, yang rugi, kita jugak.

adalah jugak tidak benar bahawa kebudayaan yang diamalkan di malaysia oleh orang2 bukan melayu adalah budaya cina/india. kekurangan pemahaman istilah budaya "culture" menunjukkan betapa dalamnya salah faham sesama kita. budaya orang cina di malaysia amat berbeza dengan yang di china, hong kong, taiwan. sebabnya? sudah tercampur dengan adat melayu, kebiasaan india dan pengaruh british. ada persamaan tapi bukan 100% lagi, ianya adalah 100% MALAYSIAN.

seperti isu perkahwinan, anak2 adalah tidak berdosa, jangan lah salah ibu bapa dipertanggungjawabkan kepada anak2 yang langsung tidak mempunyai suara untuk membantah.

HP

(tuan rumah, edit jika perlu)

kera sumbang, itulah pasal baca inti sebelum komen. bukannya mintak bantuan penuh, memang tak perlu bagi bantuan, tanpanya, mereka maju juga, mengeluarkan pelajar2 yang berguna.

yang saya nak masuk kan dalam kepala otak rakyat buta hati ialah, sekolah jenis kebangsaan adalah salah SATU pilihan yang boleh dibuat oleh sesiapa saja di Malaysia, mengapa orang seperti saya yang memilih untuk menyekolahkan anak2 saya di dalam sekolah jenis kebangsaan dituduh tidak mahu bercampur? bukan tak mau bercampur, saya cuma mahu mereka mendapat ilmu yang betul2 berguna pada masa kelak, bukan setakat sekolah memenuhkan syarat!

kalau hati dah buta, janganlah pula nak membutakan orang lain sekali. biarlah orang membuat pilihan sendiri, yang memilih sekolah jenis kebangsaan tahu mereka perlu mengeluarkan duit yang lebih walaupun mereka adalah pembayar cukai juga, pasti ada sebabnya, dan yang utama sekali ialah nilai ekonominya. jika itu hendak dinafikan juga, maka memang patutlah kita terkial2 mengejar ekonomi dunia yang maju, walaupun kita kaya hasil alam. 

kalau ikutkan, maka anak2 kera sumbang juga jangan dihantar ke tusyen, mengaji agama sebelah petang dan sebagainya sebab sudah cukup apa yang diajar di sekolah kebangsaan, kan? renungkanlah sebelum nak condemn orang macam gitu aje.

12:50 AM

Saturday, November 15, 2008

Sekolah Jenis Kebangsaan

sorry tuan rumah, nak tokok tambah sikit, harap tak berbaur perkauman sangat, kalau ya, tuan rumah boleh edit atau tak publishkan, saya faham... 1) sekolah cina/tamil, kalau nak bina bangunan, kena cari duit sendiri. kerajaan tak sponsor. kerajaan cuma bagi gaji cikgu je, tu pun, ramai yang cikgu sementara. orang cina dari yang kaya sampai ke yang miskin, bila sekolah minta derma, mereka derma sepenuh hati kerana tahu kerajaan tak sponsor. 2) sekolah cina/tamil tidak boleh dibuka sesuka hati. cuba tengok, ada berapa sekolah cina yang betul2 baru? selalunya, kena tutup satu, pindahkan, ke kawasan baru, tu je, tak boleh bina sesuka hati, tapi cukai, tak boleh tak bayar sesuka hati, cam mana ni? 3) sekolah cina/tamil tidak pernah melarang murid2 dari kaum lain belajar sama. malahan di sekolah anak saya, kawan2 india dan melayu lagi pandai bahasa cina, sebab di rumah, kami tak pakai bahasa cina. sebab itu saya menghantarnya ke sekolah cina. 4) tahun depan anak saya lagi seorang masuk darjah satu, sekolah cina, satu kelas 49 orang, ada 5 kelas. tak dapat buka lebih kelas kerana tak cukup bilik darjah dan guru. jadi, apa yang telah diperjuangkan untuk anak2 kaum cina? mungkin ada yang kata, hantar saja ke sekolah kebangsaan, tetapi sekolah kebangsaan masa kini amat berbeza dengan zaman persekolahan saya. saya tidak risau dengan rakan2 sepersekolahan tapi saya risau dengan sikap sesetengah gurunya. 5) apakah kita betul2 mahu generasi masa depan kita tak berdaya saing, hanya kerana mahukan satu semangat nasionalisma yang belum tentu membawa apa2 faedah? sistem sekarang berfungsi dalam memberikan rakyat malaysia kelebihan dalam perhubungan antarabangsa, kenapa nak hapuskan satu-satunya kelebihan yang kita ada? kalau orang malaysia berdaya saing, tak pedulilah dia warna apa, asal dia boleh buat memberi manfaat kepada tanahair. 6) satu sistem persekolahan belum tentu membawa perpaduan, pergi lihat ke indonesia, satu bahasa, satu nama tapi masih berpuak2, usahkan pribumi dengan bukan pribumi, malahan berlainan pulau juga bermasaalah. www.tmithomas.blogspot.com

Friday, November 14, 2008

Negaraku

maaf tuan rumah, tumpang celoteh sikit.

saya selalu dengar perkataan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" - orang Melayu tengah berperang dengan siapa? apa yang sedang diperjuangkan? saya rasa, paling penting ialah "memastikan" semua rakyat Malaysia, terutama yang benar-benar perlukan perjuangan untuk membela nasib mereka, mendapat sedikit pembelaan, hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia.

setelah 51 satu tahun merdeka, orang bukan melayu masih dipanggil pendatang, saya nak tanya, saya datang dari mana? darah saya yang pertama menitis di bumi ini, apakah hina sangat saya hanya kerana warna kulit saya cerah/gelap sedikit? pendatang apa namanya jika saya dilahirkan di sini? nenek moyang saya memang pendatang tapi saya?

siapa menjadi PM tidak penting, itu semua "rhetoric" orang politik. sepatutnya, PM juga harus bergantung kepada MP-MP untuk terus berkuasa, mampukah SEMUA MP diduduki oleh orang bukan Melayu? 9 negeri Persekutuan berajakan Raja-raja Melayu, yang perlu dirujuk untuk banyak perkara, yang perlu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga kepentingan jajahan dan rakyat mereka.

baik orang Melayu mahupun orang bukan Melayu, mempunyai sejarah menghormati Kedaulatan Raja2, makanya, di Malaysia, Raja2 yang bertakthta bukan hanya Raja2 untuk orang Melayu, tetapi adalah Raja2 untuk seluruh rakyat Malaysia. Mungkin ada yang meragui kesetiaan mereka tetapi adalah berdosa mengesyaki/meragui hati seseorang tanpa bukti yang kukuh.

Dan selama berbelas tahun, orang Melayu dan yang bukan Melayu menyanyikan Negaraku dan mendoakan "Raja Kita, Selamat Bertakhta", kita rakyat Malaysia mempunyai banyak persamaan kalau kita melihatnya dengan hati yang terbuka.

Terakhir sekali, walaupun secara amnya, saya bersetuju bahawa satu jenis sekolah akan memupuk persefahaman (saya adalah hasil didikan sekolah kebangsaan) tetapi ekonomi dunia sekarang memerlukan rakyat yang boleh bertutur pelbagai bahasa - jangan kerana nyamuk kelambu dibakar - pergi lah ke Indonesia dan Thailand dan lihat dengam mata kepala sendiri betapa susahnya mereka mahu mengasimilasikan diri mereka di dalam dagangan antarabangsa hanya kerana mereka boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan mereka sahaja. Tidak kurang orang yang mengagumi rakyat Malaysia (semua keturunan) atas keupayaan menyesuaikan diri dalam semua jenis keadaan kerana kebolehan bertutur pelbagai bahasa. Ekonomi China dan India akan sepenting ekonomi America pada masa depan, menghapuskan peluang rakyat Malaysia untuk belajar bahasa Cina dan Tamil (India) hanya akan merugikan diri kita sendiri di dalam jangkamasa panjang, sebagaimana penghapusan penggunaan bahasa Inggeris mula memberikan kesan negatif di dalam perdagangan yang melibatkan negara lain.

Salam...
www.tmithomas.blogspot.com

Sunday, October 26, 2008

Jual fitnah lagi untung dari jual kebenaran

wahai para saudara sekalian, dan juga washad,

teringat satu ayat dulu, tah mana saya baca, "i might not agree with you, but i will defend your right to say it"

saya pun tidak setuju dengan banyak pendapat di sini tapi saya tetap baca sebagai menghormati pandangan pembaca lain, dan menghormati tuan rumah yang membenarkan jawapan munasabah diterbitkan.

merujuk saudara washab, teresa tidak menafikan pergi majlis berbuka dengan berskirt tetapi beliau masih hormat dengan agama dengan tidak memasuki kawasan masjid, cuma berada di luar perkarangan sahaja. lagipun, beliau memakai skirt panjang, bukan mini skirt panjang kat peha je. kalau berada diperkarangan masjid dengan skirt tak sampai ke buku lali menghina Islam, maka saya rasa, tibalah masanya semua orang Islam berkumpul dan membantah mana2 jalan yang berada di depan masjid kerana saban hari, akan ada ramai kaum ibu/wanita/puteri yang lalu lalang di depan masjid yang tidak memakai purdah.

percaya kah, kalau teresa pakai skirt panjang pun semasa majlis tersebut, pasti masih dituduh menghina Islam sebab tidak memakai tudung kepala semasa di masjid.

jikalau pakaian yang menjadi ukuran kesolehan seseorang itu, maka cetek sangatlah fikiran orang2 sebegini kerana ramai yang berpakaian cukup syarat tetapi perangai macam setan, maka orang sebegini patut dimuliakan hanya kerana apa yang mata nampak telah cukup syarat? pakailah mata hati selain dari mata kepala. cukuplah kamu semua disuapkan propaganda oleh jurucakap kerajaan.

"jual fitnah lagi untung dari jual kebenaran."

It's better to have tried and lost.

power corrupts. people who tasted power rather be eunuch than be hero without power.

you guys have the ideals but if, a big IF, you all form the government, it is very likely a big chunk of you guys would behave like BN goons too. 

as it is, what happen to the funds of the state's wife assemblymen association, both in Penang and Selangor? what happened to the depleted fund of Penang local councils?

i hope everyone realise that they only have 5 years to prove the mantle and don't waste the opportunity to do good for the people with the mandate. it's better to have tried and lost than not trying at all.

Kebebasan Harus Bertanggungjawab Juga

puru memang pandai. pandai sehingga tak tau membezakan antara kebebasan bersuara dengan bersuara secara bertanggungjawab. kalau tak reti bezakan, janganlah anggap diri tu pandai sangat..

kalau orang dah fitnah kita, kita diamkan jer? apa hukum Islam dalam perkara fitnah? biarkan je ke tentukan samada dia perkara betul ke fitnah? kalau tak saman utusan, macam mana nak tentukan samada apa yang utusan buat tu kenyataan ke fitnah? kalau kenyataan, apa kah mahkamah kita akan bodoh sangat sehingga memberi kemenangan kepada teresa?

ini baru saman lah tuan-tuan penghina teresa oi, kenaper dah melenting? belum tentu teresa yang menang dalam kes saman tu kan? asahlah otak tu sikit oi, bezakan saman dengan kebebasan. celik lah sikit oi...buat malu orang berotak je....

Saturday, October 25, 2008

Stupid People

the adage, when you are stupid and don't open your mouth, nobody knows you are stupid. 

our home minister is worried that nobody will know he is stupid, so, he had to open his mouth wide, to accomodate his foot.

i for the life of me, never, ever crossed my mind to fill in any immigration forms anything but Malaysian. probably our home minister filled in his form as stupid malaysian.

nothing on his head, nothing in his head either. a pathethic excuse of life form. sigh...

Komen di Husin Lempoyang

ye lah jugak, saman cam tu. tapi dah utusan tak nak minta maaf, pastu siarkan cerpen suh orang bunuh dia, takkanlah nak diam kot? mana pernah sejarah Malaysia orang buat ugutan terbuka cam tu, pastu, tak kena tangkap dek polis? double standard ler..walau apa2 pun, kita kena bagi orang baru chance untuk berkhidmat. dah kena tipu 51 tahun, tak kan lah 5 tahun pun kita tak kasi chance?


aku tak kisah sangat lah, dah biasa dah. manusia memang berpuak2. aku sokong teresa pun bukan dapat apa2. depa bukan nya kenal aku. 

aku sokong utusan pun bukan dapat duit berjuta. ikut suka hati korang lah

ada mata, tengok, ada telinga dengar. tak ader yang sempurna, yand ada, cuma macam saudara tu cakap, tipu sikit dah, jangan sampai macam tanah hutan bukit cerakah pun nak dibangunkan.

kerajaan dulu memang baik, tak der menipunya, istana zakaria tu bina atas tanah yang dia beli kat kerajaan selangor, tak der salah pun. dah kerajaan dah nak jual kat dia tak sampai 10% harga pasaran, biarlah, ikut procedure aper. bina mahligai kat tengah-tengah perkampungan orang miskin, rumah kiri-kanan cam nak roboh, tak der salah aper. dah dia kaya raya, yang korang tak buka gerai sate sampai boleh bina istana, sapa suruh? pergi lah buka gerai sate, mesti dapat bina istana macam istana zakaria yang boleh lawan istana sultan tu.

memang tak der bukti nak tuduh, semua legal. biarlah, ada mata tapi buta, apa nak buat?

lagi satu, apa yang utusan buat semua betul, kan depa pejuang melayu, apa yang utusan cakap semua betul, kita orang melayu pandai baca apa, mesti apa yang utusan tulis tu betul belaka. 

teresa tu memang menghina orang melayu, dia kan baru jadi YB, dia ingat tak payah sokongan orang melayu dia boleh menang, sebab tu dia sengaja menaikkan kemarahan orang melayu. dia memang pandai, tak payah harapkan undi melayu. macam jugak umno tak perlukan undi bukan melayu, masih boleh bentuk kerajaan apa, kan?

buat apa aku nak susah hati? sapa jadi kerajaan pun, sama jugak, bukannya dia orang nak kasi aku duit berjuta, lagi dingapnya duit aku adalah, kakaka

endon / fly - bukan putus asa, dah orang otak tertutup, bergaduh pun bukan ada faedahnya, orang mati2 nak menegakkan benang yang basah, biarlah. aku tak kisah orang sakat, aku tau pendirian aku betul, itu sudah cukup, orang lain apa aku kisah? lagi pun, aku pakai reverse psikologi, orang telan bulat2, tak reti baca sindiran, ingat aku putus asa, buat menghabiskan tenaga jari aku menaip je. 

lagi pun, kita tetamu kat sini je, takkanlah nak bertekak kat rumah Husin kot? lari unta2 si Husin kang, siapa nak ganti? Si Yemeni ngaku melayu tu ker?