Negaraku
maaf tuan rumah, tumpang celoteh sikit.
saya selalu dengar perkataan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" - orang Melayu tengah berperang dengan siapa? apa yang sedang diperjuangkan? saya rasa, paling penting ialah "memastikan" semua rakyat Malaysia, terutama yang benar-benar perlukan perjuangan untuk membela nasib mereka, mendapat sedikit pembelaan, hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia.
setelah 51 satu tahun merdeka, orang bukan melayu masih dipanggil pendatang, saya nak tanya, saya datang dari mana? darah saya yang pertama menitis di bumi ini, apakah hina sangat saya hanya kerana warna kulit saya cerah/gelap sedikit? pendatang apa namanya jika saya dilahirkan di sini? nenek moyang saya memang pendatang tapi saya?
siapa menjadi PM tidak penting, itu semua "rhetoric" orang politik. sepatutnya, PM juga harus bergantung kepada MP-MP untuk terus berkuasa, mampukah SEMUA MP diduduki oleh orang bukan Melayu? 9 negeri Persekutuan berajakan Raja-raja Melayu, yang perlu dirujuk untuk banyak perkara, yang perlu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga kepentingan jajahan dan rakyat mereka.
baik orang Melayu mahupun orang bukan Melayu, mempunyai sejarah menghormati Kedaulatan Raja2, makanya, di Malaysia, Raja2 yang bertakthta bukan hanya Raja2 untuk orang Melayu, tetapi adalah Raja2 untuk seluruh rakyat Malaysia. Mungkin ada yang meragui kesetiaan mereka tetapi adalah berdosa mengesyaki/meragui hati seseorang tanpa bukti yang kukuh.
Dan selama berbelas tahun, orang Melayu dan yang bukan Melayu menyanyikan Negaraku dan mendoakan "Raja Kita, Selamat Bertakhta", kita rakyat Malaysia mempunyai banyak persamaan kalau kita melihatnya dengan hati yang terbuka.
Terakhir sekali, walaupun secara amnya, saya bersetuju bahawa satu jenis sekolah akan memupuk persefahaman (saya adalah hasil didikan sekolah kebangsaan) tetapi ekonomi dunia sekarang memerlukan rakyat yang boleh bertutur pelbagai bahasa - jangan kerana nyamuk kelambu dibakar - pergi lah ke Indonesia dan Thailand dan lihat dengam mata kepala sendiri betapa susahnya mereka mahu mengasimilasikan diri mereka di dalam dagangan antarabangsa hanya kerana mereka boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan mereka sahaja. Tidak kurang orang yang mengagumi rakyat Malaysia (semua keturunan) atas keupayaan menyesuaikan diri dalam semua jenis keadaan kerana kebolehan bertutur pelbagai bahasa. Ekonomi China dan India akan sepenting ekonomi America pada masa depan, menghapuskan peluang rakyat Malaysia untuk belajar bahasa Cina dan Tamil (India) hanya akan merugikan diri kita sendiri di dalam jangkamasa panjang, sebagaimana penghapusan penggunaan bahasa Inggeris mula memberikan kesan negatif di dalam perdagangan yang melibatkan negara lain.
Salam...
www.tmithomas.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment