Monday, November 17, 2008

Mamak Stalls

honestly, i think road side mamak stall is what made malaysia, malaysia.

it will die a natural death if there is not patrons, as it is, it is flourishing, why? not for lack of enforcement but due to demand, people need place to catch up and release tensions, not everyone can afford a pub.

so, instead of increasing chances of bribery, legalise it by law with conditions attached, ie, providing 'WARNING CONES', 'SIREN LIGHTS' etc to alert oncoming vehicles.

legalising it will put preventive measures AND INCREASE revenue to the state, in licences and rents of the open public areas AND reduce opportunity for corruptions.

Sindir Si Husin

tuan rumah best. memang halus bahasa tapi menyengat. bagus, memang cara melayu menegur. cuma saya harap mail tahu, bila dia menuding jari kepada sarah, tiga lagi jarinya sendiri menuding kepada dirinya sendiri. mungkin nafkah batin sarah tak cukup kot, atau pun mungkin sarah terasa mail mula bermain mata dengan janda hujung kampung. walaupun tak bahagia, saling mengesyaki bukan penyelesaian untuk si mail. suami isteri perlu berbincang, kekadang merajuk, kekadang perlu berasmara-dana. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kahwin paksa!! takkanlah mail nak cabut semua gigi beliau sedap tergigit lidah? atau potong lidah beliau semata nak megelakkan tergigit? sorong tarik sorong tarik, tang tu jugak. tak kemananya tuan rumah, dah berkahwin, nak tak nak, kena lah berusaha untuk menjayakan perkahwinan itu, bukan ambil jalan mudah, sikit sikit nak bercerai.

PM Malaysia

tuan rumah, saya sedia menerima komen tuan rumah, memang sedikit sebanyak adalah kenyataan, saya juga mengakui hakikatnya.

tapi saya rasa, ramai orang Melayu yang salah faham, rata-rata, tidak pernah (setahu sayalah) orang Cina/India menentang keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. hakikatnya, semua orang menerima bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini.

juga, saya adalah antara orang yang tidak setuju dengan perbalahan papan tanda jalan yang mahu diletak pelbagai bahasa. kalau ditanya rakyat kebanyakkan yang bukan melayu, mereka tidak kisah langsung bahasa apa yang terletak di papan tanda jalan. bagi saya, papan tanda yang ada sekarang sudah lebih dari memadai. jangan kerana kerbau (ahli politik yang nak beli hati golongan fanatik) habis semua terpalit (rakyat kebanyakkan yang hanya mahukan keamanan meneruskan kehidupan mereka)

mungkin ada segolongan manusia di malaysia merasakan, mengapa perlu berkongsi, tapi itu kan persoalan yang sudah tiada maknanya, setelah 51 tahun merdeka? lebih baik kita mencari jalan bagaimana menjayakan negara dengan apa yang kita ada dari saling membaling tahi sesama kita, yang busuk, yang rugi, kita jugak.

adalah jugak tidak benar bahawa kebudayaan yang diamalkan di malaysia oleh orang2 bukan melayu adalah budaya cina/india. kekurangan pemahaman istilah budaya "culture" menunjukkan betapa dalamnya salah faham sesama kita. budaya orang cina di malaysia amat berbeza dengan yang di china, hong kong, taiwan. sebabnya? sudah tercampur dengan adat melayu, kebiasaan india dan pengaruh british. ada persamaan tapi bukan 100% lagi, ianya adalah 100% MALAYSIAN.

seperti isu perkahwinan, anak2 adalah tidak berdosa, jangan lah salah ibu bapa dipertanggungjawabkan kepada anak2 yang langsung tidak mempunyai suara untuk membantah.

HP

(tuan rumah, edit jika perlu)

kera sumbang, itulah pasal baca inti sebelum komen. bukannya mintak bantuan penuh, memang tak perlu bagi bantuan, tanpanya, mereka maju juga, mengeluarkan pelajar2 yang berguna.

yang saya nak masuk kan dalam kepala otak rakyat buta hati ialah, sekolah jenis kebangsaan adalah salah SATU pilihan yang boleh dibuat oleh sesiapa saja di Malaysia, mengapa orang seperti saya yang memilih untuk menyekolahkan anak2 saya di dalam sekolah jenis kebangsaan dituduh tidak mahu bercampur? bukan tak mau bercampur, saya cuma mahu mereka mendapat ilmu yang betul2 berguna pada masa kelak, bukan setakat sekolah memenuhkan syarat!

kalau hati dah buta, janganlah pula nak membutakan orang lain sekali. biarlah orang membuat pilihan sendiri, yang memilih sekolah jenis kebangsaan tahu mereka perlu mengeluarkan duit yang lebih walaupun mereka adalah pembayar cukai juga, pasti ada sebabnya, dan yang utama sekali ialah nilai ekonominya. jika itu hendak dinafikan juga, maka memang patutlah kita terkial2 mengejar ekonomi dunia yang maju, walaupun kita kaya hasil alam. 

kalau ikutkan, maka anak2 kera sumbang juga jangan dihantar ke tusyen, mengaji agama sebelah petang dan sebagainya sebab sudah cukup apa yang diajar di sekolah kebangsaan, kan? renungkanlah sebelum nak condemn orang macam gitu aje.

12:50 AM

Saturday, November 15, 2008

Sekolah Jenis Kebangsaan

sorry tuan rumah, nak tokok tambah sikit, harap tak berbaur perkauman sangat, kalau ya, tuan rumah boleh edit atau tak publishkan, saya faham... 1) sekolah cina/tamil, kalau nak bina bangunan, kena cari duit sendiri. kerajaan tak sponsor. kerajaan cuma bagi gaji cikgu je, tu pun, ramai yang cikgu sementara. orang cina dari yang kaya sampai ke yang miskin, bila sekolah minta derma, mereka derma sepenuh hati kerana tahu kerajaan tak sponsor. 2) sekolah cina/tamil tidak boleh dibuka sesuka hati. cuba tengok, ada berapa sekolah cina yang betul2 baru? selalunya, kena tutup satu, pindahkan, ke kawasan baru, tu je, tak boleh bina sesuka hati, tapi cukai, tak boleh tak bayar sesuka hati, cam mana ni? 3) sekolah cina/tamil tidak pernah melarang murid2 dari kaum lain belajar sama. malahan di sekolah anak saya, kawan2 india dan melayu lagi pandai bahasa cina, sebab di rumah, kami tak pakai bahasa cina. sebab itu saya menghantarnya ke sekolah cina. 4) tahun depan anak saya lagi seorang masuk darjah satu, sekolah cina, satu kelas 49 orang, ada 5 kelas. tak dapat buka lebih kelas kerana tak cukup bilik darjah dan guru. jadi, apa yang telah diperjuangkan untuk anak2 kaum cina? mungkin ada yang kata, hantar saja ke sekolah kebangsaan, tetapi sekolah kebangsaan masa kini amat berbeza dengan zaman persekolahan saya. saya tidak risau dengan rakan2 sepersekolahan tapi saya risau dengan sikap sesetengah gurunya. 5) apakah kita betul2 mahu generasi masa depan kita tak berdaya saing, hanya kerana mahukan satu semangat nasionalisma yang belum tentu membawa apa2 faedah? sistem sekarang berfungsi dalam memberikan rakyat malaysia kelebihan dalam perhubungan antarabangsa, kenapa nak hapuskan satu-satunya kelebihan yang kita ada? kalau orang malaysia berdaya saing, tak pedulilah dia warna apa, asal dia boleh buat memberi manfaat kepada tanahair. 6) satu sistem persekolahan belum tentu membawa perpaduan, pergi lihat ke indonesia, satu bahasa, satu nama tapi masih berpuak2, usahkan pribumi dengan bukan pribumi, malahan berlainan pulau juga bermasaalah. www.tmithomas.blogspot.com

Friday, November 14, 2008

Negaraku

maaf tuan rumah, tumpang celoteh sikit.

saya selalu dengar perkataan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" - orang Melayu tengah berperang dengan siapa? apa yang sedang diperjuangkan? saya rasa, paling penting ialah "memastikan" semua rakyat Malaysia, terutama yang benar-benar perlukan perjuangan untuk membela nasib mereka, mendapat sedikit pembelaan, hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia.

setelah 51 satu tahun merdeka, orang bukan melayu masih dipanggil pendatang, saya nak tanya, saya datang dari mana? darah saya yang pertama menitis di bumi ini, apakah hina sangat saya hanya kerana warna kulit saya cerah/gelap sedikit? pendatang apa namanya jika saya dilahirkan di sini? nenek moyang saya memang pendatang tapi saya?

siapa menjadi PM tidak penting, itu semua "rhetoric" orang politik. sepatutnya, PM juga harus bergantung kepada MP-MP untuk terus berkuasa, mampukah SEMUA MP diduduki oleh orang bukan Melayu? 9 negeri Persekutuan berajakan Raja-raja Melayu, yang perlu dirujuk untuk banyak perkara, yang perlu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga kepentingan jajahan dan rakyat mereka.

baik orang Melayu mahupun orang bukan Melayu, mempunyai sejarah menghormati Kedaulatan Raja2, makanya, di Malaysia, Raja2 yang bertakthta bukan hanya Raja2 untuk orang Melayu, tetapi adalah Raja2 untuk seluruh rakyat Malaysia. Mungkin ada yang meragui kesetiaan mereka tetapi adalah berdosa mengesyaki/meragui hati seseorang tanpa bukti yang kukuh.

Dan selama berbelas tahun, orang Melayu dan yang bukan Melayu menyanyikan Negaraku dan mendoakan "Raja Kita, Selamat Bertakhta", kita rakyat Malaysia mempunyai banyak persamaan kalau kita melihatnya dengan hati yang terbuka.

Terakhir sekali, walaupun secara amnya, saya bersetuju bahawa satu jenis sekolah akan memupuk persefahaman (saya adalah hasil didikan sekolah kebangsaan) tetapi ekonomi dunia sekarang memerlukan rakyat yang boleh bertutur pelbagai bahasa - jangan kerana nyamuk kelambu dibakar - pergi lah ke Indonesia dan Thailand dan lihat dengam mata kepala sendiri betapa susahnya mereka mahu mengasimilasikan diri mereka di dalam dagangan antarabangsa hanya kerana mereka boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan mereka sahaja. Tidak kurang orang yang mengagumi rakyat Malaysia (semua keturunan) atas keupayaan menyesuaikan diri dalam semua jenis keadaan kerana kebolehan bertutur pelbagai bahasa. Ekonomi China dan India akan sepenting ekonomi America pada masa depan, menghapuskan peluang rakyat Malaysia untuk belajar bahasa Cina dan Tamil (India) hanya akan merugikan diri kita sendiri di dalam jangkamasa panjang, sebagaimana penghapusan penggunaan bahasa Inggeris mula memberikan kesan negatif di dalam perdagangan yang melibatkan negara lain.

Salam...
www.tmithomas.blogspot.com